• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semakan Keputusan ICJ Ikut Perundangan Dipersetujui

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh oleh Malaysia adalah proses perundangan yang telah dipersetujui bersama Singapura, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau berkata semakan semula itu adalah kesinambungan daripada persetujuan sebelum ini iaitu kedua-dua negara bersetuju menyelesaikan pertikaian tuntutan terhadap pulau yang juga dikenali sebagai Pedra Branca itu, menerusi ICJ.

“Rujukan melalui semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini merupakan proses yang dibenarkan oleh undang-undang tatacara di mahkamah tersebut dan isu pertikaian wilayah ini bukanlah perkara yang asing, ia sering berlaku,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai semakan semula itu di sini, hari ini.

Justeru Mohamed Apandi percaya permohonan semakan oleh Malaysia itu tidak akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.

Pada 3 Feb lepas, Mohamed Apandi dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Malaysia telah memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).

Permohonan semakan semula itu yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda sehari sebelum itu (2 Feb), dibuat susulan penemuan tiga dokumen sokongan di National Archives of the United Kingdom, yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai sulit.

Pada 23 Mei, 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, yang terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor.

Menurut Mohamed Apandi, semakan semula itu adalah satu komitmen dan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam mendapatkan semula hak ke atas pulau itu kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

“Saiz pulau tidak menjadi ukuran kerana walaupun satu inci, kita wajib berjuang untuk mendapatkannya semula kerana ini melibatkan kedaulatan kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: ICJpulau batu putehTan Sri Mohamed Apandi Ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Dego Ride Jangan Cabar Undang-Undang” – Tiong Lai

Next Post

Nautical Aliya Dibenar Berlabuh Di Chittagong

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera

Keputusan ICJ Bukti Israel Penjenayah Kejam, Perlu Diadili Segera

20/07/2024
0

SHAH ALAM - Keputusan terbaharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengesahkan pendudukan haram Israel ke atas Palestin membuktikan kepimpinan rejim...

Next Post

Nautical Aliya Dibenar Berlabuh Di Chittagong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd