Monday, November 4, 2024

Creating liberating content

ASP Bukit Aman Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP didakwa di Mahkamah Sesyen...

2 Abang Didakwa Cederakan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang didakwa bersama abangnya atas dua pertuduhan mencederakan...

Jengkaut, Baju Dan Cebisan...

IPOH : Jengkaut bersama cebisan baju dan tulang ditemukan hari ini di lokasi...

Pendaki Kedekut Kena Denda...

SEORANG lelaki Afrika Selatan yang cuba mendaki Gunung Everest sendirian dan tanpa permit,...

“Sekiranya Nik Aziz Masih Hidup…” – Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pasti akan menerima pelawaan kerjasama oleh Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya bekas Mursyidul Am PAS itu masih hidup.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Allahyarham Nik Abdul Aziz juga pasti akan marah jika ada mana-mana pemimpin atau ahli PAS mendakwa beliau dan DAP anti-Islam serta ‘menyerang’ Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini sekutu DAP.

“Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa PAS menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013?

‘Kalau DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi mantan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013?” dakwanya dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru, Kit Siang percaya Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak akan mempunyai masalah untuk menyokong aspirasi DAP bahawa rakyat Malaysia tidak perlu mengambil kira tentang agama atau kaum dalam sesuatu perkara sebaliknya bersama sebagai Bangsa Malaysia jika masih hidup.

Bagaimanapun, beliau percaya PAS dibawah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi sangat berbeza dengan pimpinan Allahyarham Nik Abdul Aziz maka tidak mampu menyokong aspirasi DAP tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Pakatan Harapan dan PPBM perlu memastikan semangat dan kenangan Allahyarham Nik Abdul Aziz kekal dalam PAS supaya ahli dan penyokong parti itu menyokong agenda Pakatan Harapan dan PPBM.

Katanya, Pakatan Harapan dan PPBM perlu juga mendapatkan sokongan 3.5 juta ahli dan pengundi UMNO melalui bantuan Mahathir untuk menumbangkan UMNO.


PAS disingkirkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada Pakatan Rakyat dua tahun lalu kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam.

DAP dan PKR kemudian menubuhkan Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara (PAN) yang kononnya ditubuhkan bagi menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.

Pakatan Harapan seterusnya menandatangani perjanjian kerjasama dengan PPBM dan Mahathir yang berdendam dengan UMNO.

Mahathir marahkan UMNO kerana enggan memenuhi hasratnya supaya orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing dilantik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Pakatan Harapan dan PPBM sejak beberapa bulan lalu bagaimanapun cuba memujuk PAS kembali menyertai pakatan harapan selepas menyedari sokongan unat Islam ke atas mereka merosot tetapi ditolak PAS.

Berikutan itu, pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan dan PPBM mula melancarkan pelbagai dakyah dan propaganda ke atas PAS di media sosial bagi memburuk-burukkan parti itu seperti yang dilakukan ke atas UMNO selama ini. -MYNEWSHUB.CC

Kategori