• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Perkenal Perkhidmatan ‘Samsung Pay’

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih, ‘Samsung Pay’ di Malaysia hari ini, melalui kerjasama strategik dengan bank dan peniaga dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai kepada pelanggannya.

Naib Presiden Unit Perniagaan Teknologi Maklumat dan Mudah Alihnya, Lee Jui Siang, berkata rakan kongsinya adalah termasuk Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, Citibank Bhd, Standard Chartered Bank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd.

“Kami optimis melihat minat pengguna yang kukuh dan kesediaan untuk menggunakan pembayaran mudah alih di Malaysia, dengan kemudahan Samsung Pay yang selamat dan mesra pengguna,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Samsung Pay di sini hari ini.

Beliau berkata pelancaran perkhidmatan ini sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia untuk melihat peralihan negara kepada masyarakat tanpa tunai, melalui penggunaan e-bayaran.

“Perkhidmatan Samsung Pay amat sesuai untuk negara kerana Malaysia mempunyai strategi e-bayaran kebangsaan dengan matlamat utama menjadi masyarakat tanpa tunai,” kata Lee.

Lee berkata sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat dan Korea Selatan dua tahun lepas, Lee berkata, perkhidmatan itu juga boleh didapati di Singapura, Australia, Thailand, Sepanyol, China, Puerto Rico dan Brazil.

Samsung Electronics turut bekerjasama dengan syarikat kad kesetiaan tempatan seperti B Infinite, BonusLink dan Sunway Pals, yang menawarkan peluang kepada ahlinya untuk mengutip mata di kedai-kedai rakan kongsinya, yang boleh ditebus untuk tujuan pembelian, katanya.

Dalam jangka masa panjang, Lee berkata, syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu merancang untuk menukar Samsung Pay daripada perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada “mobile wallet”.

Di Malaysia, Samsung Pay boleh didapati bagi pengguna model Samsung Galaxy S7 dan S7 edge, S6 edge+, Note5, Galaxy A5 dan A7. – BERNAMA

Tags: Samsung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samsung Lancar Telefon Pintar Premium Galaxy S10

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh...

Baju Pintar Mampu Kesan Penyakit Paru-Paru

03/02/2019
0

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd