• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salur Aduan Kepada Pihak Berkenaan, Kata SSM

oleh AK-47
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan orang ramai agar mengenal pasti dan menyemak terlebih dahulu pihak kementerian atau agensi kerajaan yang relevan bagi aduan yang ingin diketengahkan bagi mengelakkan kekeliruan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SSM berkata langkah berkenaan juga dapat mempercepatkan sebarang proses tindakan bagi setiap aduan yang dibuat dan membantu menyelesaikan masalah pengadu.

“Kami menerim banyak aduan yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan bidang kuasa yang ditadbir oleh SSM.

“Sepanjang 2016, sebanyak 276 aduan yang dilaporkan kepada SSM adalah isu yang melibatkan bidang kuasa agensi lain seperti isu pekerjaan, pelancongan, gores dan menang, jualan langsung serta penipuan.

“Walaupun aduan berkenaan bukan di bawah pentadbiran SSM, namun kebanyakannya telah dipanjangkan kepada pihak kementerian dan agensi lain berkaitan tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut SSM, terdapat juga situasi suruhanjaya akan menghubungi pihak pengadu secara bertulis untuk memaklumkan bahawa aduan yang dibuat tidak berkaitan dan meminta mereka berurusan sendiri dengan pihak yang relevan.

“Antara aduan yang relevan dengan pihak SSM ialah berkaitan salah laku pengarah syarikat, setiausaha syarikat, kesalahan yang melibatkan tadbir urus skim kepentingan berdaftar dan tidak berdaftar, kesalahan tadbir urus korporat dan serah simpan maklumat palsu serta mengelirukan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Laman Portal Rasmi SSM di e-Aduan di www.ssm.com.my. – BERNAMA

Tags: SSM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Tergemuk Hilang 30 Kg Sebelum Pembedahan

Next Post

Exco FAM Sahkan TMJ, Annuar Bertanding

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

Next Post

Exco FAM Sahkan TMJ, Annuar Bertanding

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd