• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Roboh Rumah Sendiri Elak Bayar Caj, Denda

oleh Ahmad Albab
21/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Seorang penduduk Palestin bertindak merobohkan sendiri rumahnya selepas menerima arahan pemusnahan daripada pihak berkuasa Israel yang mendakwa beliau membina rumah secara haram kerana tidak memiliki permit pembinaan.

Penduduk Palestin di Baitulmaqdis jarang diberikan permit pembinaan oleh rejim Israel dan tiada pilihan lain kecuali membina rumah tanpa kebenaran demi menampung keluarga yang semakin membesar.

Lebih memburukkan keadaan, pihak berkuasa rejim Zionis turut mengenakan caj pemusnahan selain mendenda mereka kerana ‘jenayah’ itu.

Saleh Al Showaiki, juga seorang peguam, membuat keputusan menyakitkan meruntuhkan sendiri rumahnya untuk mengelakkan kos pemusnahan tinggi iaitu lebih US$20,000 (RM89,000) yang perlu dibayarnya. Rumahnya di kawasan kejiranan Silwan terletak 280 meter dari bahagian selatan tembok Al Haram Al Sharif.

Ia dibina di atas tapak seluas 450 meter persegi yang diwarisi daripada bapanya sebelum Israel menceroboh wilayah itu pada 1967. Pada 2008, beliau mengubah suai rumah itu, menambah dua bilik untuk memuatkan keluarga yang semakin bertambah.

“Saya tidak mahu membebankan anak saya. Saya memutuskan untuk mendirikan khemah di atas tapak rumah yang diruntuhkan dan tinggal di situ,” katanya yang tinggal bersama dua anaknya.

Menurut kumpulan penyokong hak asasi manusia Israel, B’Tselem, rejim Zionis meruntuhkan 88 rumah di Baitulmaqdis Timur pada 2016.

Penduduk Palestin berkata, proses pemusnahan adalah cubaan bersistematik oleh rejim Israel untuk memadamkan identiti Palestin dan Islam di Baitulmaqdis, yang terdesak dimahukan untuk dijadikan ibu negara wilayah itu. – GULF NEWS

Tags: IsraelPalestinpelikRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

Malaysia Di Tangga Ketiga Negara Paling Mempunyai Pandangan Negatif Terhadap Israel

04/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan ketiga dalam senarai negara yang mencatatkan kadar tertinggi pandangan tidak memihak...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd