• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Respon ‘Negatif’ Azmi Bikin Elly Urus Aqiqah Sendirian

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein mengadakan majlis aqiqah untuk anak perempuannya, Putri Sara Sefhia berjaya diadakan dalam keadaan meriah waima tanpa kehadiran bekas suami, Azmi Hatta.

Pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan menjelaskan hasrat mengadakan majlis tersebut dirancang oleh bekas suaminya namun sehingga anaknya yang kini sudah berusia 11 bulan, tiada perkembangan atau respon mengenai rancangan itu.

Media tempatan melaporkan, Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menguruskan majlis tersebut sendirian dan bersyukur kerana mendapat bantuan daripada ramai pihak.

Jelasnya, perancangan untuk mengadakan majlis tersebut sudah dimaklumkan kepada bekas suaminya melalui laman sosial Instagram namun tiada respon yang diterima.

“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,” katanya yang dipetik dari Astro Gempak.

Menurutnya, majlis tersebut mendapat beberapa tajaan daripada pelamin, Aryana Candy Buffet untuk candy buffet dan Kisses.co untuk belon dan beberapa penajaan lain.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, majlis aqiqah tersebut diraikan dalam keadaan meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan beberapa rakan artis.

Elly, 36; turut berkongsi perkembangan terbarunya yang kini tampil dengan produk kecantikan sendiri iaitu Lina Pom Poms Soap. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bekas suamiELLY MAZLEINMAJLIS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS

Majlis Pengisytiharan Taubat Aliff Daniel Beri Ruang Individu Terpesong Akidah Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar – JAIS

06/11/2026
0

SHAH ALAM - Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) memberi ruang kepada individu yang terlibat dengan kekeliruan atau penyelewengan akidah untuk kembali...

BERSIH Kecam Anthony Loke Umum Bantuan RM1,000 Pada Majlis Calon PH Melaka

BERSIH Kecam Anthony Loke Umum Bantuan RM1,000 Pada Majlis Calon PH Melaka

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd