• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rangka Bot Karam Ditemui Di Perairan Mambakut

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis hari ini mengesahkan penemuan rangka bot jenis katamaran di perairan Mambakut, dekat sini tengah hari semalam.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada rangka bot itu adalah bot pelancong katamaran yang karam di perairan Pulau Mangalum 28 Jan lepas.

“Kita jumpa satu rangka bot di perairan Membakut semalam dan analisis akan dilakukan ke atas rangka itu bagi memastikan sama ada ia adalah bot katamaran yang hilang di Pulau Mengalum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Sabah, di sini.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi itu belum menemukan petunjuk baharu dalam operasi yang masuk hari ke-24 hari ini.

Beliau berkata sektor pencarian kini meliputi kawasan seluas 300 batu nautika persegi di perairan Sabah, Miri (Sarawak) dan Brunei.

“Operasi pencarian melibatkan sembilan aset, termasuk satu aset milik agensi keselamatan Brunei,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam tragedi 28 Jan lepas, bot pelancong jenis katamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam, dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.

Setakat ini, 26 mangsa sudah dijumpai termasuk empat yang maut. – BERNAMA

Tags: bot karamKatamaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd