• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Dikecualikan Bayaran Visa Ke Qatar

oleh
08/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Rakyat Malaysia yang berkunjung atau melancong ke Qatar akan dikecualikan daripada bayaran visa tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata persetujuan rasmi ini diberikan secara peribadi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al Thani selepas perkara itu dibangkitkan pada pertemuan mereka di sini.

“Ini merupakan satu keputusan baharu yang tercapai dan dipersetujui bersama oleh kerajaan Qatar,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Qatar, malam tadi.

Menurutnya, persetujuan ini akan berkuat kuasa segera selepas Duta Besar Malaysia di Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar membuat tindakan susulan dengan kerajaan Qatar.

Beliau berkata selain itu rakyat Malaysia juga diberikan kemudahan visa ketibaan (VOA) dan mereka boleh menetap di Qatar selama 60 hari dan tambahan 30 hari lagi jika ada permohonan lanjutan secara percuma.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kerajaan Qatar bersetuju mengecualikan caj visa VOA sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan atas sumbangan rakyat Malaysia yang banyak bekerja dalam bidang profesional dan teknikal di sini.

Katanya, langkah pengecualian bayaran visa itu juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pelancong Malaysia untuk datang ke Qatar pada masa depan.

Katanya, jemaah Malaysia yang ingin menunaikan ibadah umrah dan ziarah di tanah suci boleh mengambil kesempatan ini untuk singgah sebentar di Qatar semasa dalam perjalanan pergi atau balik daripada Makkah atau Madinah.

Pada masa ini, rakyat Malaysia dikenakan bayaran visa sebanyak 100 Riyal Qatar (RM121.70) untuk tempoh kemasukan selama 30 hari dan turut dikenakan jumlah bayaran sama bagi lanjutan 30 hari lagi jika ada permohonan. – BERNAMA

Tags: QATARrakyat MalaysiaVisa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

Rakyat Malaysia Pulang Dari Thailand Antara 400 Mangsa Terkandas Di Wang Kelian

23/11/2025
0

Kangar: Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, kira-kira...

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

Rakyat Malaysia Ke Eropah Melalui India Tertakluk Kepada Saringan Tambahan

16/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Eropah melalui India akan dikenakan saringan tambahan oleh pihak berkuasa sempadan Eropah sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd