• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakam Foto Cium Ular, Remaja Maut Dipatuk

oleh AK-47
12/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CARI nahas… Seorang remaja di India maut akibat dipatuk ular tedung ketika cuba merakam gambar mencium reptilia berbisa itu pada 2 Februari lalu.

Somnath Mhatre, 18, seorang sukarelawan penyelamat ular mengeluarkan reptilia itu dari keretanya untuk dilepaskan di tempat yang selamat.

Dia kemudian bergaya dengan mencium belakang kepala ular tedung itu untuk bergambar namun reptilia itu berpaling dan mematuk dadanya.

Rakam Foto Cium Ular, Remaja Maut Dipatuk

Rakam Foto Cium Ular, Remaja Maut Dipatuk

Mhatre kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Navi Mumbai untuk diselamatkan dan meninggal dunia lima hari kemudian.

Seorang rakan sukarelawan yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata “Mhatre telah menyelamatkan ular itu yang berada dalam kereta di kawasan perniagaan di daerah Belapur.

“Selepas itu, dia membawa ular tersebut ke suatu kawasan di mana dia cuba untuk merakam aksinya mencium belakang kepala reptilia berbisa itu.

“Semasa merakam gambar itu, tiba-tiba ular tersebut berpaling dan mematuk dadanya.”

Difahamkan sejak bergelar sukarelawan penyelamat ular, Mhatre telah berjaya menyelamatkan 100 ekor ular.

Susulan kejadian itu, pasukan aktivis menyeru pihak jabatan perhutanan untuk mengeluarkan garis panduan bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam merakam dan memuat naik gambar beraksi dengan reptilia berbisa seperti ular. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dipatuk ularmautRemaja Lelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd