• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Ilya Bakal Bintangi Filem Terbitan Marvel

oleh AK-47
12/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Raja Ilya telah mendedahkan bahawa dia bakal terlibat di dalam sebuah filem terbaharu terbitan Marvel dan bakal terbang ke Hollywood.

Raja Ilya, atau nama sebenarnya Ramilah Begum Raja Mohammad, memberitahu sebuah portal tempatan bahawa penggambaran akan bermula pada akhir tahun ini.

Pun begitu, pelakon Soulmate Hingga Jannah ini tidak dapat mendedahkan banyak maklumat tentang filem yang bakal dibintanginya itu buat masa ini.

Raja Ilya Bakal Bintangi Filem Terbitan Marvel

“Saya tidak tahu di mana lokasi penggambarannya, namun apa yang diberitahu adalah saya akan terbang ke Hollywood pada hujung tahun ini untuk memilih watak dan tajuk filem Mervel yang mana saya akan terlibat,” katanya kepada Star2.com.

Jelas Raja Ilya lagi, tawaran untuk berlakon di dalam filem itu diperoleh menerusi seorang kenalan dari Indonesia yang pernah berlakon di dalam beberapa filem terbitan Marvel dan Disney.

“Lebih kurang enam bulan lagi, saya akan memulakan kelas latihan saya di Jakarta dengan Yayan Ruhian sebelum terbang ke Hollywood,” katanya.

Yayan Ruhian merupakan seorang artis seni mempertahankan diri Indonesia yang pernah terlibat dalam filem The Raid and Star Wars: The Force Awakens sebagai Tasu Leech.

Mesti ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apa tajuk filem dan watak yang bakal dibawa oleh Raja Ilya di dalam filem tersebut.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja perkembangan terbaharu daripada empunya badan dan semoga peluang yang diperolehi ini menjadi satu penggalak untuk Raja Ilya mencipta nama di pentas Hollywood.

Terdahulu, pelakon ini juga pernah memberitahu akan berlakon dalam sebuah filem Melayu berkonsepkan kehidupan watak seorang wanita Punjabi bersama pelakon Bollywood, Kajol. – MYNEWHUB.CC

Sumber: star2.com

Tags: hollywoodmarvelRaja Ilya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Ilya Bukan Lagi Pemegang Saham Richiamo Coffee

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Richiamo Coffee Sdn. Bhd., pemilik rangkaian kedai kopi premium Richiamo Coffee di seluruh negara hari ini mengumumkan...

“Thanos Superhero Kegemaran Saya” – Mahathir

28/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad hari ini sempat meluangkan masa untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd