Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Berfikir Di Luar Kotak...

KANGAR - Usaha mencari sumber semula jadi yang terhad dalam negeri yang kecil...

PRK Kuala Kangsar: 80%...

KUALA KANGSAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka 80 peratus keluar mengundi pada...

Isu Kuil Ke Parlimen,...

KUALA LUMPUR – Pembentangan kenyataan di Dewan Rakyat mengenai Insiden pergaduhan dan rusuhan...

Pulau Pinang Tak Cukup...

GEORGE TOWN: Cadangan untuk mendapatkan hakmilik tanah seluas 323 hektar bagi projek perluasan...

Qatar Development Fund Untuk Etnik Rohingya Diselaras

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi mengenai pengurusan etnik Rohingya, Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia, memutuskan supaya dana daripada Qatar Development Fund diselaras oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Ahmad Hamidi hari ini berkata pelarasan dana dari negara itu juga akan melibatkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan lain serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Katanya suara Malaysia untuk membela pelarian Rohingya telah mendapat sokongan daripada kerajaan Qatar semasa lawatan beliau ke negara itu pada 4 hingga 7 Februari lalu.

Semasa lawatan itu, bantuan kewangan daripada Qatar Development Fund telah diumumkan oleh kerajaan Qatar yang akan digunakan untuk kebajikan seramai 56,135 pemegang kad UNHCR etnik Rohingya di Malaysia pada masa ini, katanya.

“Dana ini akan digunakan untuk melaksanakan tiga aspek utama mereka iaitu latihan, pendidikan dan kesihatan yang pastinya dapat memberi kesan positif dalam jangka panjang,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu, di sini hari ini.

Dari segi latihan kemahiran, Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri melancarkan Projek Perintis Kebenaran Bekerja kepada 300 etnik Rohingya pemegang kad UNHCR di Malaysia mulai pada 1 Mac ini.


Projek itu melibatkan sektor perladangan dan sektor perkilangan untuk tempoh tiga tahun sementara menunggu masa mereka pulang ke negara asal atau ditempatkan di negara ketiga, katanya.

Jelasnya perincian bagi program-program latihan separa mahir dan mahir, pendidikan untuk anak-anak Rohingya serta skim insurans kesihatan akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama beberapa NGO yang berkaitan.

Tentang lawatannya ke Qatar awal bulan ini, Ahmad Zahid berkata negara itu menjadi antara negara Islam terbaru tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan projek kemanusiaan membantu pelarian Rohingya. – BERNAMA

Kategori