• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puluhan Petugas Media Di HKL Curi Tumpuan Ramai

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran puluhan petugas media tempatan dan luar negara di hadapan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, mencuri tumpuan orang awam dan para petugas hospital yang melalui kawasan berkenaan.

Rata-rata mereka dilihat memperlahankan kenderaan selain merakamkan gambar media yang berkumpul di hadapan IPFN bagi mendapatkan perkembangan terkini kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Bagaimanapun, media hanya dibenarkan berada di hadapan IPFN dan kawasan berkenaan dikawal rapi oleh sepasukan polis bantuan.

Para petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak 5 petang semalam bagi menunggu kehadiran anak Jong-nam iaitu Kim Han-sol, 21, yang dilaporkan akan hadir ke IPFN untuk membuat pengecaman mayat dan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis memerlukan sampel DNA daripada waris mangsa bagi melengkapkan siasatan dan mayat hanya akan diserahkan kepada warisnya.

Polis juga memberi masa selama dua minggu kepada waris Jong-nam untuk menuntut mayat mendiang yang kini ditempatkan di IPFN.

Jong-nam mati pada 13 Februari lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Beliau sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun. – BERNAMA

Tags: kes bunuhKim Jong-NamKoreamedia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd