Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Mohamad Sabu Dakwa 1.4...

KUALA KANGSAR - Jika tidak buat lawak, itu bukan Mohamad Sabu namanya dan...

5 Kawasan Catat Indeks...

KANGAR - Jabatan Kesihatan Perlis mendapati lima dari 19 kawasan yang diperiksa dari...

Kerajaan Diminta Percepat Bina...

TAWAU - Kerajaan persekutuan diminta mempercepatkan pembinaan empangan bernilai RM400 juta di Gudang...

KL2017: Makaf Puas Hati...

MELAKA - Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) berpuas hati dengan prestasi cemerlang skuad negara...

Program Muzium Bersama Masyarakat Di Felda Pasoh 2

SEREMBAN – Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Felda Pasoh 2, Simpang Pertang akan menganjurkan program ‘Muzium Bersama Masyarakat’ di Felda Pasoh 2 Rabu ini.

Pemangku Pengarah LMNS Aziz Mohd Gorip berkata program ini merupakan program muzium turun padang untuk bersama dengan masyarakat setempat dalam mengetengahkan fungsi muzium sebagai gedung ilmu pengetahuan.

“Dalam masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan lagi pengamalan Adat Perpatih dalam kalangan masyarakat di negeri ini khususnya generasi muda.

“Kita juga ingin menarik minat masyarakat Felda Pasoh 2 untuk memahami lebih mendalam lagi mengenai budaya Adat Perpatih yang penuh dengan nilai-nilai murni dan falsafah hidup serta menjadikan pengamalan Adat Perpatih ke arah untuk memakmurkan dan menyejahterakan kehidupan masyarakat di negeri ini,” katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata selain ceramah bertajuk ‘Sejarah Permuziuman Di Negeri Sembilan’ yang akan disampaikan oleh Aziz serta ‘Adat Istiadat dan Sosio Budaya Negeri Sembilan’ oleh Penyelidik Bebas Sejarah dan Budaya Negeri Sembilan Mohd Khairil Hisham Mohd Ashaari, turut diadakan ialah pameran, jualan buku dan demonstrasi konservasi artifak. – BERNAMA

Kategori