• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Presiden FAS: Tunggu Dan Lihat – Subahan

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tunggu dan lihat,” itulah jawapan Datuk Seri Subahan Kamal mengenai desas-desus bahawa beliau merupakan calon tunggal untuk jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

FAS bakal mengadakan pemilihan untuk semua jawatan exco pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Khamis ini, selepas Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak jawatan pada 26 Januari lepas.

Subahan yang merupakan Naib Presiden FAS dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berkata keputusan sama ada beliau bakal memegang jawatan itu atau tidak, bergantung kepada 95 anggota gabungan FAS yang akan hadir pada EGM itu.

“Kalau saya dipilih pun saya tiada masalah kerana sebelum ini pun, saya merupakan nadi pasukan Selangor. Walaupun jadi presiden KHM, saya tetap membantu pasukan Selangor, tiada sebarang perubahan dari segi beban kerja.

Saya tidak berani untuk jawab apa-apa kerana keputusan akan diambil oleh ahli gabungan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif KHM di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Subahan akan menang tanpa bertanding selepas menjadi nama tunggal yang dicalonkan untuk jawatan nombor satu FAS selepas tempoh pencalonan berakhir Khamis lepas.

Menurut Subahan individu yang bakal memegang jawatan itu mesti pandai mencari dana, menguruskan pasukan dan mempunyai kredibiliti untuk melaksanakan tanggungjawab kerana bola sepak sentiasa mendapat perhatian masyarakat.

Sebagai rekod, Subahan pernah membantu skuad Gergasi Merah itu merangkul tiga kejuaraan pada tahun 2005, iaitu Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia sebagai penolong pengurus. – BERNAMA

Tags: FAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

JDT Lebarkan Sayap Ke Singapura

10/07/2023
0

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan sayapnya ke seberang tambak apabila menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan Bola Sepak Singapura...

Tengku Amir Kekal Presiden FAS

15/01/2022
0

KLANG: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd