• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politeknik PD Pertama Meterai MoU Dengan AADK

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Politeknik Port Dickson menjadi politeknik pertama di negara ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah AADK Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi berkata ia adalah satu langkah proaktif yang diambil oleh Politeknik Port Dickson dalam usaha membanteras masalah dadah.

“Dadah masih lagi musuh nombor satu negara, ia perlu dibanteras habis-habisan kerana ia kini melibatkan masalah keselamatan negara,” katanya pada majlis tandatangan MoU antara Politeknik Port Dickson dengan AADK dan Balai Cerap Telok Kemang di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Politeknik Port Dickson diwakili oleh Pengarahnya Mohd Kharir Mohd Ibrahim, Ismail bagi pihak AADK Negeri Sembilan manakala Balai Cerap Telok Kemang diwakili pengurusnya, Ahmad Zaki Hamzah.

Kerjasama antara Politeknik Port Dickson dengan AADK adalah perkongsian maklumat dan data mengenai dadah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran juga penyelidikan mengenai dadah.

Persefahaman dengan Balai Cerap Telok Kemang pula bertujuan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ilmu astronomi dalam kalangan pelajar politeknik.

Ismail berkata statistik mendapati kebanyakan yang terlibat dengan masalah dadah adalah golongan remaja berumur antara 18 hingga 20 tahun, bagaimanapun kini, ramai pelajar sudah mula terlibat dengan dadah.

“Ramai dalam kalangan pelajar terlibat terutama dadah yang merangsang otak. Mereka mengambil dadah ini supaya tidak tidur untuk mengulangkaji pelajaran. Ini satu langkah yang tidak baik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata Balai Cerap Telok Kemang akan menghantar wakilnya untuk merakamkan peristiwa berlakunya hari tanpa bayang iaitu matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa di satu kawasan di Pontianak (Kalimantan), Indonesia pada 21 Mac ini.

Katanya ini adalah fenomena Ekuinoks yang mana ia berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa dan ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan. – BERNAMA

Tags: AADKPoliteknik Port Dickson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

3.3 Juta Rakyat Malaysia Sengsara Akibat Dadah

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Dianggarkan kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia sengsara akibat aktiviti penagihan dadah. Ikuti Mynewshub: Telegram Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd