• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tidak Pasti Dakwaan 2 Suspek Bersembunyi

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa dua suspek yang dicari untuk membantu siasatan pembunuhan Kim Jong-nam sedang “bersembunyi” di Kedutaan Korea Utara di sini.

“Kita tak pasti sama ada dia bersembunyi di kedutaan atau tidak…kita panggil dia untuk bantu siasatan kitalah. Kita tunggulah jawapan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Bernama ketika dihubungi.

Media asing melaporkan bahawa kedua-dua suspek dikenali sebagai Hyon Kwang-song, 44, dan Kim Uk-il, 37, dipercayai “bersembunyi” dalam bangunan kedutaan.

Kedua-dua mereka bersama suspek ketiga dikenal pasti sebagai Ri Ji-u, 30, juga dikenali sebagai James, dipercayai masih berada di negara ini. Keberadaan Ji-u juga tidak diketahui.

Kwang-song ialah Setiausaha Kedua di kedutaan dan Uk-il ialah kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara Koryo Air, kata Khalid pada sidang media sebelumnya.

Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia selepas diserang pada 13 Feb oleh dua wanita yang yang dilaporkan menyapu mukanya dengan apa yang dipercayai cecair beracun.

Susulan serangan itu, polis Malaysia menahan empat suspek – seorang wanita menggunakan pasport Vietnam, seorang wanita warga Indonesia, seorang lelaki rakyat Malaysia dan seorang lelaki warga Korea Utara. Lelaki warga Malaysia itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Sebelum itu, dilaporkan bahawa polis sedang memburu tujuh suspek rakyat Korea Utara – empat daripada mereka dikatakan telah meninggalkan Malaysia pada hari Jong-nam diserang semasa menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2).

Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Februari dan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol.

Lebih 50 petugas media telah berkumpul di hadapan kedutaan itu tengah hari tadi untuk mendapatkan komen daripada para pegawai kedutaan susulan sidang media Khalid dan khabar angin bahawa kedua-dua suspek bersembunyi di premis tersebut. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-NampembunuhanTan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

Laporan DNA, Bedah Siasat Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah Diperoleh

23/12/2024
0

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Januari depan sebagai sebutan semula kes pembunuhan kejam seorang...

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

Masih Awal Rungkai Siapa Bunuh Zayn Rayyan

08/12/2023
0

PETALING JAYA : Masih terlalu awal untuk pihak polis merungkai mana-mana individu yang boleh dikaitkan terlibat dalam pembunuhan kanak-kanak autisme,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd