• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki, Rampas 1,175 Bungkus Air Ketum

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun dan merampas 1,175 bungkus air ketum di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kepala Gajah, Renek dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu, bungkusan air ketum tersebut ditemui tersimpan dalam dua tong plastik dan tiga bungkusan plastik di ruang tamu rumah yang didiami lelaki berkenaan.

“Ketika disoal siasat suspek mengatakan dia hanya sebagai penjaga rumah itu dan tidak tahu mengenai kewujudan air ketum berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau direman mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Mohd Zamri berkata seorang lelaki berusia 60 tahun cedera apabila dipukul dan ditetak dengan sabit oleh anaknya setelah berlaku pertengkaran di rumahnya di Kampung Bakat, Jabi dekat sini petang semalam.

Katanya dalam kejadian pukul 4.55 petang itu, suspek yang merupakan penagih dadah telah pergi ke rumah bapanya dan berlaku perselisihan faham sehingga pertengkaran berlaku.

“Suspek berusia 22 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau berhubung dadah bertindak memukul dan menetak mangsa menggunakan sabit hingga luka di bahu mangsa,” katanya.

Menurut Mohd Zamri, polis menahan suspek bersama sabit yang digunakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

Tags: air ketumpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd