• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Keluar Kenyataan Hina Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis semalam selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik dan menghasut terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan susulan laporan penyalahgunaan laman media sosial mengandungi kenyataan jelik dan menghasut yang disifatkan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Beliau berkata lelaki itu ditahan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 10.45 malam setelah dipercayai bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor.

“Suspek dipercayai membuat kenyataan itu melalui laman sosial Facebook…polis turut merampas sekeping kad sim dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sehubungan itu, Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya mengugut dan mengganggu orang lain.

“Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, sifat hormat menghormati dan kesopanan dan kesusilaan di antara satu sama lain adalah begitu penting di dalam menjamin keharmonian sesebuah negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa polis Johor tidak akan berkompromi dalam perbuatan sedemikian dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit. – BERNAMA

Tags: hina sultanSultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd