• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Siasat Penyebaran Rakaman CCTV Jong-nam

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengkaji tindakan terhadap penyebar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Penyebaran rakaman CCTV itu dilihat telah mengganggu siasatan polis berhubung kes itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika dihubungi Bernama berhubung penyebaran rakaman itu serta tindakan terhadap mereka yang menyebarkan rakaman itu, menjawab ringkas: “kita akan kaji.”

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat ketika ditanya soalan sama, berkata polis akan menyiasat perkara berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Perkara ini (penyebaran rakaman CCTV) sedikit sebanyak mengganggu tugasan pihak polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rakaman berdurasi 2.33 saat di Lapangan Terbang Antarbangsa KL 2 (Klia2) itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing itu tular di media sosial sejak malam tadi.

Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di Klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

Tags: CCTVKim Jong-NamKLIA2Korea Utarapembunuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd