• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Waris Kim Jong-Nam Tiba Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memaklumkan bahawa sehingga ini tiada anggota keluarga atau waris Kim Jong-nam yang tiba di Malaysia bagi membuat pengecaman mayat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur, di sini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada masa yang sama polis juga belum menerima apa-apa sampel DNA daripada ahli keluarga berhubung kes pembunuhan itu yang turut menarik minat media antarabangsa.

“Kami masih menunggu; manakala laporan media mendakwa waris telah tiba di Malaysia untuk berbuat demikian adalah tidak betul,” katanya kepada Bernama melalui WhatApps.

Setelah hampir dua minggu berlalu kes pembunuhan Jong-nam, kumpulan media tempatan dan luar negara masih menunggu secara 24 jam di IPFN bagi mendapatkan maklumat terkini termasuk mengintai peluang merakam kedatangan ahli keluarga Jong-nam.

Media asing sebelum ini melaporkan waris Jong-nam telah tiba di Malaysia, namun sehingga kini tiada kelibat mereka kelihatan.

Sementara itu, sehingga 7.30 malam ini kira-kira 30 wartawan dan jurugambar masih berada di IPFN bagi mendapatkan perkembangan terkini kes itu.

Bernama dimaklumkan bahawa polis telah membuka sebuah balai polis bergerak di IPFN bagi mengawal selia keadaan.

Bagaimanapun, media hanya dibenarkan berada di depan IPFN dan kawasan berkenaan dikawal rapi oleh pihak polis dan pengawal keselamatan.

Pada 13 Feb, Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di KLIA2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua wanita dikatakan menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: Kim Jong-Nam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd