• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Hilang Ahli Keluarga Buat Laporan Polis

oleh Ahmad Albab
22/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERIK – Polis meminta mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga tampil membantu siasatan polis berhubung penemuan mayat seorang wanita reput di sini 6 Februari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Mohd. Sohaimi Ishak berkata wanita itu yang tidak mempunyai identiti dianggar berumur 10 hingga 17 tahun, mempunyai ketinggian 147 sentimeter, berambut ikal paras bahu serta gigi di hadapan sumbing di sebelah kiri.

Katanya mayat wanita yang telah reput dan berulat itu ditemukan seorang pemotong rumput warga Bangladesh di kawasan semak di Kilometer 24 Jalan Gerik-Kupang berhampiran hentian rehat Bintang Hijau, Sungai Rui kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan objek tumpul di bahagian dada, kepala dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Sohaimi berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan polis sedang mengesan identiti sebenar mangsa termasuk menerusi laporan orang hilang di kawasan berhampiran.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mashezreen Jamsari di talian 05-7912222. – BERNAMA

Tags: laporan polispolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakaman CCTV Klia2, MAHB Bertanggungjawab

Next Post

Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat MRR

Related Posts

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

Polis Siasat Dakwaan Wanita Taiwan Ditahan, Diperas Ugut

17/07/2025
0

Petaling Jaya: Polis menjalankan siasatan susulan dakwaan seorang wanita warga Taiwan ditahan dan diperas ugut oleh anggota polis ketika melalui...

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Next Post

Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat MRR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd