• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lumpuh 2 Sindiket Pengedaran Dadah Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini selepas menahan sembilan suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam dalam beberapa serbuan berasingan bermula Jumaat lepas hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan itu, polis telah merampas lebih sekilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM85,940.

Katanya, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Sungai Isap 3, pada 11.45 malam, Jumaat lepas, polis menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM4,850.

Selain dadah, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z, sebilah pisau dan sebilah kerambit.

“Kesemua suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah termasuk seorang mempunyai 12 rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam serbuan kedua di sebuah hotel di Jalan Air Putih di sini, pada pukul 7.30 malam, Sabtu lepas, katanya, polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM22,000.

Abdul Aziz berkata hasil soal siasat terhadap suspek, polis telah menahan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Jalan Lim Hoe Lek di sini pada 12.55 tengah malam, Ahad lepas.

Menurutnya, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM49,000 yang disembunyikan dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

Menurutnya seorang lagi suspek berjaya ditahan di sebuah hotel di Jalan Abdul Aziz pada 1.45 tengah hari semalam dan sejumlah dadah bernilai RM9,850 juga berjaya dirampas.

Polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca bekalan kesemua dadah itu diperolehi selain rangkaian pengedaran mereka.

Kesemua suspek yang berumur antara 16 hingga 40 tahun itu ditahan reman antara enam hingga tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jalani Khidmat Tentera, Top ‘Sedih’ Tinggalkan Big Bang

Next Post

15 Haiwan Pelik Berwajah Paling Menakutkan Di Dunia

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

15 Haiwan Pelik Berwajah Paling Menakutkan Di Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd