Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Covid-19 Bermutasi Jadi Lebih...

SAINTIS di negara China sedang mengkaji dengan dekat kemungkinan virus Covid-19 di negara...

Kekalkan Pemakanan Sihat Semasa...

KUALA LUMPUR - Gaya pemakanan sihat perlu diamalkan di kalangan masyarakat semasa sebarang...

Rumah Agam Playboy Dijual...

RUMAH agam milik penaung majalah lucah terkenal Amerika Syarikat, Playboy yang dimiliki Hugh...

Gadis Mahir Baiki Kereta...

SEJAK videonya membaiki brek kereta tular beberapa hari lalu, nama Nor Sakira Awee...

Polis Lahad Datu Tahan Lelaki Filipina Miliki Syabu

LAHAD DATU – Polis Lahad Datu menahan seorang lelaki warga Filipina kerana memiliki sepeket dadah jenis syabu seberat 5.31 gram bernilai RM350 di Jalan Tengah Nipah, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada 7.30 malam dalam Ops Tapis.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu peket plastik lut sinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam poket seluarnya,” katanya dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan maksimum sembilan sebatan jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori