• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berlegar Di HKL, Polis Sedang Mengesan Seorang Wanita

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dilaporkan berada di kawasan sekitar Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keadaan mencurigakan malam tadi.

Wanita itu dilihat berlegar-legar di kawasan perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), dan anggota keselamatan HKL yang melihatnya dalam keadaan mencurigakan, telah membuat laporan polis pada 9.56 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman dalam satu kenyataan berkata laporan mengenai wanita itu, dibuat bersekali dengan lelaki warga Korea Selatan, yang turut berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

“Polis telah menahan dan merakam percakapan lelaki itu yang merupakan wartawan Korea Broadcasting System (KBS) dan mempunyai pas media sah,” katanya.

Lelaki itu dilepaskan setelah percakapannya dirakam manakala polis masih mengesan wanita berkenaan, bagi membantu siasatan, katanya dalam kenyataan itu.

Jurukamera KBS itu ditahan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Daerah Dang Wangi, DSP M. Gunalan selepas empat kenderaan pacuan empat roda polis bersama sepasukan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) tiba di situ pada pukul 1.40 pagi.

Mohd Sukri berkata ekoran kejadian itu, kawalan keselamatan di IPFN dipertingkatkan, dengan menempatkan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).

Puluhan petugas media tempatan dan antarabangsa berkumpul di IPFN sejak minggu lepas bagi membuat liputan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup kain dipercayai mengandungi cecair beracun pada 13 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: HKLIPFNkes bunuhKim Jong-NamKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd