Thursday, May 16, 2024

Creating liberating content

1MDB: Mat Dispatch Individu...

SELEPAS beberapa siri penahanan individu bergelar 'Datuk' dibuat pihak berkuasa dalam siasatan kes...

SANTAI : Video Lagu...

Tahukah anda? penyanyi terkenal di Bollywood, Lata Mangeshkar pernah menyanyikan sebuah lagu dalam...

Lady Gaga Dedah Pernah...

PENYANYI yang popular dengan imej pelik dan unik, Lady Gaga mendedahkan dirinya pernah...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

Polis Buru Lelaki Tunjuk Kemaluan Di Sebuah Kedai

MERSING – Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian menunjukkan kemaluan di sebuah kedai di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Cyril Edward Nuing berkata alamat terakhir lelaki berumur 30 tahun itu dikesan di Jalan Enggang, Felda Nitar 1, Mersing.

“Polis melancarkan gerakan memburu lelaki tersebut selepas menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia lingkungan 20an. Laporan dibuat pada hari sama (17 Februari) di Balai Polis Mersing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi laporan berkenaan, wanita yang berasal dari Endau, Mersing itu mendakwa suspek datang secara tiba-tiba berhampirannya di kedai berkenaan kira-kira 9.25 malam sebelum membuka seluarnya lalu menunjukkan kemaluan.

Katanya lelaki terbabit kemudian melarikan diri apabila dikejar sekumpulan orang awam selepas mangsa cuba mendapatkan pertolongan.


Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya tampil membantu polis, katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum lima tahun penjara atau denda atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori