• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berjaya Gagalkan Tindakan Bakar Kaabah

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Polis Arab Saudi berjaya menumpaskan tindakan seorang suspek yang cuba untuk membakar Kaabah di Kota Makkah, lapor akhbar dalam talian Sabq pada Selasa menurut agensi berita China Xinhua.

Saksi kejadian memberitahu akhbar itu, beliau melihat seorang lelaki menyiram gasolin ke atas kain yang menutup Kaabah dan segera memaklumkannya kepada polis bertugas di masjid berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan.

Setakat ini, tiada sebarang maklumat rasmi dikeluarkan berhubung insiden itu namun menerusi laporan akhbar mengesahkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.11 malam waktu tempatan pada Isnin.

Namun motif tindakan suspek itu masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Sejak kebelakangan ini tempat suci sering menjadi sasaran kumpulan militan Daesh.

Pada Mei 2016 polis Arab Saudi berjaya menghalang malapetaka lebih besar daripada berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri cuba memasuki masjid Nabi di Madinah, menyebabkan penyerang dan empat anggota polis terbunuh manakala lima lagi cedera. – BERNAMA

Tags: kaabahMakkahmasjidil haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋

14/04/2026
0

IBADAH KORBAN DI KOTA SUCI MAKKAH BAGI TAHUN 2026M/1447H ✨🕋 Alhamdulillah Pendaftaran dan Tempahan Bagi Ibadah Korban pada tahun ini...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd