• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Umum Bina Jalan Guna Bahan Berasaskan Getah

oleh
25/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan beberapa jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan luar bandar menggunakan bahan berasaskan getah bagi memastikan getah terus mendapat permintaan tinggi dalam pasaran.

Beliau berkata langkah itu dilihat mampu menjimatkan kos dan tempoh penyelenggaraan selain lebih menguntungkan berbanding membina jalan biasa walaupun kos pembinaan peringkat awal mahal sedikit.

“Harga getah hari ini sudah melambung naik, ini adalah sedikit sebanyak hasil usaha kita walaupun ia ditentukan oleh pasaran dunia, tetapi kerajaan boleh mengusahakan supaya pasaran getah dan sawit Malaysia lebih mendapat sambutan.

“Jadi, langkah tambahan yang saya telah putuskan ialah kita hendak buat beberapa jalan JKR dan jalan luar bandar yang menggunakan bahan-bahan getah…biarlah mahal sikit pun, tak apa.

“Tetapi penyelenggaraannya kita jimat…dan ini akan menyebabkan permintaan untuk getah akan terus bertambah,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Surat Pentauliahan kepada 213 peserta baharu Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Felcra Bukit Sijau dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Sementara itu, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan menyifatkan kejayaan Felcra yang kini mempunyai 110,000 peserta dengan 260,000 hektar tanah di seluruh negara adalah hasil kejayaan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) selain Felcra sendiri.

“Kejayaan terbukti apabila negara luar begitu kagum dengan kejayaan kita…60 tahun dahulu kadar kemiskinan melebihi 60 peratus dan pada 2014, ia merundum jatuh kepada hanya 0.6 peratus (kadar kemiskinan).

“Ini rekod kejayaan kita yang tidak boleh ditandingi oleh negara-negara membangun lain. Saya melihat bahawa pembangunan negara ini mestilah bersifat keterangkuman dan pembangunan kita mesti juga seimbang antara luar bandar dengan bandar.

“Bukan macam di sesetengah negara lain, kita lihat ibu negaranya membangun pesat tetapi di kawasan luar bandar rata-rata masih hidup dalam keadaan melarat,” kata beliau.

Sehubungan itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan terus memberikan peruntukan tambahan kepada sektor luar bandar sekiranya pendapatan negara meningkat bagi memastikan pembangunam kawasan itu seiring dengan kawasan bandar.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Khas Anggota Parlimen Pekan kepada Tokoh Ibu Bapa Mithali yang merupakan peserta generasi kedua Felcra Sri Makmur dekat sini iaitu Jabar Seleman, 67, dan isteri Zainab Kasim, 67.

Pasangan warga emas itu mendidik sembilan anak mereka sehingga ke menara gading termasuk dua orang yang melanjutkan pengajian di Australia. – BERNAMA

Tags: getahJalan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

4 Pengedar Dadah Termasuk 2 Wanita Ditahan

Next Post

Ambulans Terbalik Dirempuh MPV Di Johor Bahru

Related Posts

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

Jangan Berhenti Rakam Gambar Di Jambatan Sungai Pulai

21/01/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Tindakan orang ramai yang berhenti di bahu jalan Jambatan Sungai Pulai, di sini, untuk merakam gambar pemandangan, dibimbangi...

Moped, Skuter Elektrik Dilarang Atas Jalan Raya, Kata Menteri

26/04/2022
0

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti termasuk skuter elektrik dilarang sama sekali atas jalan raya....

Next Post

Ambulans Terbalik Dirempuh MPV Di Johor Bahru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd