• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat PM Israel Dilarang Terbang Di Indonesia

oleh
22/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Perdana menteri Israel terpaksa menempuh perjalanan lebih dua setengah jam ketika terbang dari Singapura ke Australia akibat pesawatnya dihalang memasuki wilayah Indonesia.

Media antarabangsa melaporkan, perkara itu didedahkan portal penjejakan penerbangan terkenal FlightAware, yang menunjukkan pesawat rasmi El Al, syarikat udara milik kerajaan Israel terlewat daripada jadual normal.

Lazimnya, penerbangan dari Singapura ke Sydney jika tiada masalah besar hanya memakan masa sekitar lapan jam 30 minit, namun jumlah waktu penerbangan yang dinaiki oleh Benjamin Netanyahu itu lebih daripada 11 jam.

Pemimpin rejim Zionis itu akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith Sydney pada Rabu, sekitar pukul 6.30 pagi waktu tempatan, untuk melakukan program kunjungan rasmi selama empat hari.

Akhbar The Guardian melaporkan, seorang anggota delegasi Netanyahu mengesahkan laluan perjalanan mereka, terlambat kerana menghindari ruang udara Indonesia malah terpaksa melalui jarak jauh melintasi negara lain.

Beliau sebelum itu tiba untuk lawatan julung kali di Singapura pada Isnin. Pada 1986, Presiden Israel ketika itu, Chaim Herzog melawat pulau kecil itu sehingga mencetuskan bantahan diplomatik Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Pesawat PM Israel Dilarang Terbang Di Indonesia

Indonesia merupakan negara paling ramai umat Islam di dunia yang turut mendukung perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan penuh dan hak kedaulatan daripada pendudukan haram rejim Israel sejak 1948.

Republik terbesar di rantau Asia tenggara itu juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel bersama-sama jirannya, Malaysia dan Brunei selain 20 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain.

Pada Mac tahun lalu, Netanyahu menyeru Jakarta mewujudkan jalinan diplomatik dengan Tel Aviv kerana banyak peluang untuk kerjasama dua hala, terutama dalam bidang teknologi dapat diteroka oleh kedua-dua negara itu.

Menurut beliau, situasi semasa tidak lagi relevan untuk Indonesia tetap bermusuhan keras dengan Israel kerana dua buah negara itu juga bersama-sama dalam usaha global memerangi ancaman rangkaian pengganas antarabangsa.

“Saya secara kebetulan turut mempunyai ramai rakan menerusi akaun sosial Facebook yang berasal dari Indonesia sendiri,” jelas Netanyahu sebagai cuba memujuk Indonesia agar berbaik-baik dengan negara rejim Yahudi tersebut.

Namun pemerintah Indonesia bertegas menyatakan bahawa hubungan rasmi dengan Israel hanya akan menjadi kenyataan jika sebuah negara Palestin yang merdeka dapat dilahirkan dan diiktiraf pihak rejim Tel Aviv sendiri.

“Hal yang paling penting adalah semangat untuk mewujudkan kemerdekaan bagi Palestin,” kata Setiausaha Kabinet Indonesia, Pramono Anung kepada media tempatan di Jakarta baru-baru ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Israel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd