• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perunding Kewangan Didakwa Guna Wang Pelaburan

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang perunding kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM691,000 untuk aktiviti pelaburan pajakan hotel dan perdagangan komoditi.

Ahmad Amiruddin Mohamed, 46, didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang RM210,000 yang dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun Maybank syarikat miliknya iaitu AAM Global Corporation Sdn Bhd untuk aktiviti perdagangan komoditi.

Dia yang juga merupakan seorang bekas guru sekolah menengah didakwa melakukan perbuatan itu di Bank Islam cawangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak pada 3 Mac 2015 hingga 3 April 2015.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa menyalahgunakan wang RM481,000 dengan cara yang sama bagi aktiviti pajakan hotel di Kondominium Laksamana Puri, Batu Caves, antara 29 Jun 2015 hingga 19 Julai 2016.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Saiful Dzulhelmi memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya berpendapatan RM5,000 sebulan selain menanggung keluarga.

“Tertuduh mempunyai lapan orang anak yang masih bersekolah dan isteri pula tidak bekerja. Tertuduh kini sedang menjalani rawatan kerana menghidapi penyakit tiroid yang teruk dan ia juga merupakan kesalahan pertama tertuduh,” katanya.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh membayar jaminan itu.

Mahkamah menetapkan 6 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahpecah amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi 2 Cermin Mata, Mat Despatch Dipenjara 5 Bulan

Next Post

Jangan Bakar Jerami Padi Waktu Siang – Bomba Perlis

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Next Post

Jangan Bakar Jerami Padi Waktu Siang - Bomba Perlis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd