• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong TRW Perlu Bersabar Jangan Renggang Perpaduan

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pesan saya agar semua sabar. Jangan lebarkan api kemarahan atau merenggang perpaduan”

Demikian pesanan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ke atas penyokong The Red Warriors (TRW) berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beliau.

Beliau yang sebelum ini menegaskan bahawa kes yang dialaminya itu bukan kerana rasuah sebaliknya kerana konflik sukan bola sepak meminta semua pihak tidak menyalahkan sesiapa.

“Hormati semua keputusan. InsyaAllah biar saya lalui ini dan tak perlu salahkan sesiapa..Saya ambil tanggungjawab sendiri. Gantung atau bercuti saya patuhi.

“Rakyat lebih penting. Mereka mahu tahu kebenaran. Maka (SPRM) siasatlah secara bebas. Jalankan tugas msaing-masing. Tiada siapa melebihi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Baru-baru ini pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyalahgunakan kuasanya supaya agensi itu menaja TRW.

Annuar bagaimanapun menegaskan bahawa Mara tidak pernah menaja pasukan Kelantan, tetapi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selaku sebuah entiti swasta milik agensi itu menaja TRW atas dasar komersial.

Dakwaan itu timbul sejurus perang mulut melanda antara Annuar dan Tunku Ismail apabila Annuar membantah cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ditadbir secara proksi selain mempertahankan peranan ahli politik dan kerajaan negeri dalam sukan bola sepak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KAFASPRMTan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd