• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Pembangkang Kecam Sultan, Bangsa Johor

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebahagian netizen dipercayai penyokong Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersikap biadap mengecam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Bangsa Johor di media sosial hari ini.

Mereka bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan kritikan baginda ke atas seorang pemimpin politik kerana cuba mengelirukan rakyat yang dipercayai merujuk kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan cerita dongeng…mungkin orang luar ini telah lupa zamannya telah berlalu.Dahulu, dia (ahli politik dari luar negeri) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh duduk semeja menjadi kawan rapat, kata media barat suka buat cerita, sekarang cerita media barat dikatanya fakta,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di Johor hari ini.

Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan PPBM untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Berikut sebahagian kecil daripada kebiadapan penyokong Pakatan Harapan dan PPBM ke atas Sultan Johor seperti yang terkandung dalam ruangan komen sebuah portal berita propembangkang:

(Abu Hassan Abdul Abdul Karim) Kerabat raja semuanya dah hidup senang dari dulu lagi. Mana tau susah rakyat.

(Luqman Hakim) Dok diam2 kumpul nombor plate je la. Xpayah kuar statement kalo xmembantu rakyat.

(Misnan Yuhana) Tuanku kalo tak dpt membantu rakyat.jgn nak kritik tun la.duduk diam.dlm istana yg mewah tiap bulan dpt elaun ya.

(Malay Al-Jhumard) Nyanyok ke pelupa ke… kalau tak betul bawalah ke mahkamah buktikan kebenaran nyanyok yang dikatakan tu….. aku pun boleh cakap macam2 pasal orang lain… yg penting fakta…

(Norli Harun) Harap lepas tuan ibrahim dok diamlah.. Tk nmpak pun jasa tuan pada negara nak bandingkan tun mahathir.. Tun dikenali dunia dan membangunkan negara dan tak menyusahkan rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Penyokong Pembangkang Kecam Sultan, Bangsa Johor

Tags: Bangsa JohorPenyokong Pembangkangsultan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

Agong Kurnia SMIJ Kepada Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, Tunku Panglima Johor PJP

09/04/2026
0

JOHOR BAHRU, 9 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd