Sample Page Title

BESUT – Seorang peniaga ikan cedera ditetak dengan pedang oleh empat individu ketika dia dalam perjalanan ke Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa yang berumur 60 tahun dan isterinya diserang oleh individu yang menaiki sebuah kereta sebaik mereka tiba di kompleks tersebut.

“Kejadian berkenaan disedari anak lelaki mangsa yang kebetulan berada di kawasan kompleks dan sempat mengejar kumpulan itu hingga menyebabkan kereta mereka terbabas di kawasan pintu luar kompleks.

“Namun kelima-limanya termasuk pemandu kereta itu gagal ditangkap dan mereka dapat melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Zamri berkata siasatan awal menunjukkan kereta Proton Axia itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan keretanya telah dilapor hilang di Kerteh sebelum ini.

“Kelima-lima suspek kini giat diburu dan berdasarkan tiga cap jari yang berjaya ditemui pada kereta yang digunakan suspek, kita yakin mereka akan dapat ditangkap tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.Ikuti...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

SIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Sebelum kita beriya-iya membawang mengenai isu "kapal dah bayar tetapi tak dapat" seharusnya kita...

ISU KAPAL LCS: KEGAGALAN KEDUA RAFIZI HASUT RAKYAT

Memang tugas Rafizi Ramli menghasut rakyat. Apatah lagi dia kini Timbalan Presiden PKR. Jika...

4,684 Kes Baru, 11 Lagi Kematian

Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...

Penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Sia-Sia, Bertindan – TI-M

KUALA LUMPUR : Transparency International Malaysia (TI-M) tidak bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan...

Kesatuan Eropah Seru Ketegangan Gaza Dihentikan

BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) pada Sabtu menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang tindakan...