• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Mahu RCI Ditubuh Siasat Kerugian BNM

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara mengenai kerugian bank pusat itu dalam urus niaga mata wang pada awal 90-an.

Naib ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata langkah itu perlu bagi mengenal pasti sama ada kerugian tersebut telah menyebabkan bank pusat berkenaan muflis dan sama ada terdapat usaha pihak tertentu menyembunyikan fakta mengenainya.

“Saya melihat isu ini timbul apabila ia dibangkitkan Datuk Abdul Murad Khalid baru-baru ini yang menyentuh jumlah kerugian besar dialami Bank Negara dan tindakan menyembunyikannya yang wujud.

“Pemuda UMNO percaya dengan penubuhan RCI ini akan dapat merungkai dan mengesahkan apa yang disebut Datuk Abdul Murad sebelum ini dan menjawab segala persoalan mengenai kerugian itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Murad dilaporkan berkata bank pusat itu mengalami kerugian US$10 bilion dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.

Khairul Azwan berkata susulan pendedahan itu, Pemuda UMNO telah membuat semakan dan siasatan terhadap beberapa sumber yang enggan didedahkannya dan mendapati angka kerugian sebenar adalah jauh lebih tinggi daripada yang didedahkan Abdul Murad.

“RCI ini juga perlu menyiasat dan mengesahkan telah wujud usaha menutup fakta terhadap pendedahan dagangan pertukaran asing sebanyak US$150 bilion dan kerugian dalam pertukaran asing yang melebihi US$30 bilion,” katanya.

Justeru, beliau berharap dengan penubuhan RCI, ia dapat menyiasat kedudukan sebenar kewangan Bank Negara pada waktu itu dan jumlah sebenar kerugiannya.

Beliau turut menegaskan sebarang tindakan menutup fakta mengenai perkara itu adalah satu jenayah dan mereka yang telah memanipulasi dan menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian pada waktu itu perlu dibawa ke muka pengadilan.

Khairul Azwan yang juga Anggota Dewan Negara mendesak pihak pembangkang khususnya penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu.

“Sebelum ini Lim Kit Siang menerusi beberapa kenyataannya mempersoal mengenai kerugian Bank Negara dan kita ingin beliau menyatakan pendiriannya sekarang (susulan pendedahan Abdul Murad),” katanya. – BERNAMA

Tags: bank negaraKhairul Azwan HarunPemuda UMNORCI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd