• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Bengkel Motosikal Didakwa Bunuh Pelanggan

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik bengkel motosikal didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelanggan bengkelnya, bulan lepas.

R. Saravanan, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Nor. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Saravanan yang juga mekanik di bengkel itu didakwa membunuh G. Shaarunan, 19, seorang penganggur, yang merupakan pelanggan yang dikenalinya di BKS Motor Trading, di Kampung Tasek Permai, di sini antara 7 malam dan 9 malam, 27 Jan lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 17 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala tertuduh diwakili peguam J. Jayarubbiny.

Terdahulu, tertuduh yang dikerumuni beberapa anggota keluarganya menangis semasa dibawa masuk ke mahkamah. – BERNAMA

Tags: Bengkelbunuhmotosikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd