• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan Jamilah Tepat, Mudah Didekati Rakyat

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pemilihan Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu adalah tepat kerana beliau mudah didekati rakyat, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Beliau berkata selain itu balu bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem itu juga terkenal dengan aktiviti amal dan sukarela, selain banyak menyumbang dalam bidang pendidikan, kesihatan dan alam sekitar.

Fatimah yang juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata Jamilah juga seorang yang sentiasa rendah diri, mesra, peramah dan senang untuk didekati rakyat serta boleh bertutur dalam beberapa loghat seperti Iban, Bidayuh dan Hakka selain fasih berbahasa Inggeris.

“Selama ini beliau begitu serius melakukan kerja-kerja sukarela di kawasan DUN Tanjong Datu, kerusi yang disandang oleh suami beliau Allahyarham Tan Sri Adenan Satem (sebelum ini).

“Beliaulah yang turun padang untuk memberi khidmat yang diperlukan oleh penduduk Tanjong Datu ketika suami beliau sebagai ketua menteri sibuk menguruskan hal ehwal negeri dan hakikat ini diakui oleh Tok Nan (Adenan) sendiri,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Jamilah sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Tanjong Datu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon PRK DUN Tanjong Datu manakala pengundian awal pada 12 Feb dan pengundian pada 18 Feb.

PRK itu diadakan berikutan kematian Adenan akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lepas.

Fatimah berkata Wanita PBB dan BN Sarawak mengalu-alu pencalonan Jamilah kerana beliau tahu visi Adenan untuk kawasan Tanjong Datu.

“Wanita PBB dan BN Sarawak berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari kerana menghargai sumbangan, kebolehan dan potensi Puan Sri Jamilah.

“Kami berharap untuk melihat lebih ramai wanita diberi peluang menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang,” kata Fatimah.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PBB Datuk Peter Minos turut bersetuju bahawa Jamilah adalah calon paling sesuai untuk mempertahankan kerusi Tanjong Datu.

“Saya pernah bekerja bersama beliau dalam Yayasan Jantung Sarawak dan melihat beliau sangat berdedikasi dan komited, di samping orang akan mengingati beliau sebagai seorang isteri ahli politik terbaik yang sangat dihormati rakyat,” katanya.

Minos yang juga pengerusi Majlis Perbandaran Samarahan (MPS) berkata beliau akan turun berkempen untuk Jamilah di kawasan yang penduduknya majoriti kaum Bidayuh, Selako dan Iban. – BERNAMA

Tags: Puan Sri Jamilah Anu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siasatan Terhadap Annuar Tak Jejas UMNO Kelantan

Next Post

Mahfuz Ucap Tahniah Siasat Tajaan Ke Atas TRW

Related Posts

BN Akan Keluarkan Risalah Mesej Daripada Jamilah Anu

14/02/2017
0

LUNDU - Ketiadaan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

“Terjemah Sokongan Menerusi Undi” – Kata Jamilah

08/02/2017
0

LUNDU - Di atas kertas, Barisan Nasional (BN) dilihat boleh menang mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Next Post

Mahfuz Ucap Tahniah Siasat Tajaan Ke Atas TRW

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd