• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Pelapis Perlu Pendedahan Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain pelapis badminton negara harus diberi banyak pendedahan dalam kejohanan antarabangsa bagi mempersiapkan mereka beraksi di peringkat lebih tinggi seperti Piala Thomas dan Sukan Olimpik.

Bekas ketua jurulatih negara, Yap Kim Hock berpendapat keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar pemain nombor dua negara dalam kategori masing-masing ke Kejohanan Berpasukan Campuran Asia di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam adalah satu keputusan tepat.

Pada kejohanan tersebut, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Sri Lanka.

Skuad negara ke kejohanan itu dibarisi oleh Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Lim Chi Wing (perseorangan lelaki); Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (beregu lelaki); Ho Yen Mei, Lee Ying Ying (perseorangan wanita); Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen (beregu wanita); dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran).

“Saya rasa kita kena bagi peluang kepada barisan pelapis terutama pemain kedua dan ketiga negara untuk beraksi dalam sebarang kejohanan antarabangsa dan letakkan satu sasaran yang tinggi untuk beri mereka motivasi.

“Selepas letak sasaran tinggi, menjadi tanggungjawab jurulatih pula untuk beri satu latihan insentif agar mereka dapat capai apa yang diinginkan,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Kim Hock, bagaimanapun berkata tindakan susulan perlu dilaksanakan ke atas pemain pelapis berkenaan bagi memastikan ada peningkatan prestasi setiap kali beraksi di peringkat antarabangsa.

Katanya, jika pemain muda negara tidak diberikan peluang berada sebaris dengan barisan utama negara, mereka sudah pasti tidak dapat mengembangkan bakat untuk pergi lebih jauh.

Selain peluang yang diberikan kepada pemain, persatuan juga perlu mengambil inisiatif menyediakan jurulatih antarabangsa terutama mereka yang pernah melahirkan jaguh dunia ataupun pemenang pingat Sukan Olimpik untuk melatih skuad negara.

Kim Hock mengakui adalah tidak mudah untuk melahirkan jaguh dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan ikon sepertinya tidak boleh dibentuk dalam jangka masa yang singkat.

“Bukan senang nak lahirkan pemain seperti Chong Wei, jadi kita perlukan banyak platform dan usaha. Saya percaya semua pihak memang sedang berusaha dan jika kita menggunakan platform yang tepat, kita boleh capai kejayaan besar ini.

“Liga Purple League adalah salah satu contoh platform yang telah melahirkan bakat baharu. Melalui liga ini, bakat baharu seperti Iskandar dan Lim Chi Wing mungkin berpeluang wakili negara ke Olimpik Tokyo 2020 nanti,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonPemain PelapisYap Kim Hock
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khidmat Tren Tanpa Henti Sempena Thaipusam Mulai Rabu

Next Post

Polis Miri Tumpas Geng Pecah Rumah, 8 Suspek Ditahan

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Next Post

Polis Miri Tumpas Geng Pecah Rumah, 8 Suspek Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd