• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Kanak-Kanak Jadi Pembaca Berita

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA kata dunia kanak-kanak hanya berita eceran dalam dunia maklumat arus perdana?

Hampir 10 juta kanak-kanak di negara ini mewakili 33 peratus penduduk berhak memiliki segmen berita tersendiri.

Justeru TV AlHijrah akan melancarkan Kids News bermula 17 Mac dengan pengisian 3 hari seminggu setiap Jumaat, Sabtu & Ahad.

Kids News dengan format: Apa sahaja yang penting untuk kanak-kanak adalah berita!

Peluang Kanak-Kanak Jadi Pembaca Berita

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar, Kid News dengan durasi keseluruhan 30 minit setiap hari bersiaran akan menjadikan perkembangan maklumat kanak-kanak sebagai segmen televisyen yang prominan.

“Kanak-kanak hari ini ialah pemilik negara pada masa hadapan. Adalah tanggung jawab kami di TV AlHijrah memastikan suara dan kepentingan kanak-kanak diletakkan pada keutamaan sewajarnya,” kata Izelan.

Bagi mendapatkan bakat pembaca berita dan wartawan televisyen untuk mengisi segmen berita 90 minit seminggu ini, TV AlHijrah akan mengadakan sesi uji bakat pada 18 Mac ini.

Menurut Penerbit Kids News, Nora Zainal, ibu bapa yang berminat boleh menghubungi nombor 019 2532968 untuk maklumat lanjut.

Sesi uji bakat akan diadakan di AlHijrah Big Studio, Persiaran Cyberpoint Selatan, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

Peluang Kanak-Kanak Jadi Pembaca Berita

“Kami mencari pembaca berita dan wartawan penyiaran berumur antara lima hingga sembilan tahun,” kata Nora.

Kids News bertemakan laporan tempatan dan antara bangsa merangkumi isu-isu pendidikan, kesihatan, sains dan teknologi, sukan, seni dan bakat alam kanak-kanak.

Buat masa ini, bintang kecil Umar Shakur Mohd. Haiccal, 5 tahun akan memulakan siaran episod awal Kids News bermula pada 17 Mac.

Manakala uji bakat pada 18 Mac adalah usaha mencungkil lebih banyak bakat kanak-kanak tempatan untuk menjadi sebahagian keluarga Bilik Berita AlHijrah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakpembaca beritaTV Al Hijrah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd