• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelayan Restoran Dipenjara 12 Bulan Miliki Video Lucah

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelayan restoran dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbitnya di tempat awam.

Hakim Datin M.Kunasundary menjatuhkan hukuman itu ke atas Taslinnaim Tasrip, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang mengandungi gambar dan video lucah di sebuah pusat beli belah di Jalan Tun Sambanthan, di sini, pada 12.05 tengah hari, 5 Jan lepas.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 5 Jan lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, polis menahan tertuduh di tempat kejadian selepas menerima laporan tertuduh terlibat dalam satu kes rogol dan telah merampas telefon bimbitnya.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat gambar dan video lucah dalam telefon bimbitnya dan dia juga telah mengedarkan sebuah video lucah dan sekeping gambar lucah melalui aplikasi Whatsapp kepada seorang wanita berusia 19 tahun yang juga pelajar kolej.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia menyara keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira kesalahan tertuduh adalah serius selain dia telah mengambil kesempatan mengedar gambar dan video lucah itu kepada mangsa.

Pada 10 Jan lalu, lelaki itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa sama di sebuah rumah di Brickfields, di sini, pada pukul 10 malam, 26 Dis 2016, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Mac untuk sebutan semula kes itu. – BERNAMA

Tags: pelayan restoranvideo lucah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

13/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki...

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

06/05/2024
0

Langkawi : Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd