• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelantikan Sebagai Anggota CWC MIC Satu Permulaan Baik

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bekas Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan menganggap pelantikannya sebagai anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC satu permulaan baik untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam parti, sekali gus meningkatkan kepercayaan masyarakat India terhadap parti itu.

Beliau berkata banyak perkara yang perlu dilakukan MIC untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini, selaras dengan arus pembangunan negara.

“Jika kita gagal berbuat demikian, kita bimbang kerajaan akan hilang sokongan masyarakat India,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam semalam mengenai pelantikannya sebagai anggota CWC yang bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas Presiden, Datuk Seri G. Palanivel.

Mengulas lanjut, Sothinathan berkata MIC sebagai parti yang mewakili masyarakat India harus bertindak secara proaktif untuk memastikan masyarakat India mendapat pembelaan dan bersama-sama menikmati faedah daripada pembangunan negara.

“Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan perpaduan ini kekal dan meningkatkan perkhidmatan parti kepada masyarakat India,” katanya. – BERNAMA

Tags: CWC MICDatuk S. Sothinathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd