• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Praktikal Ditemui Mati Dibunuh Di Ladang

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan amali di Ladang Teluk Sengat, Kota Tinggi, ditemui mati dengan kesan tikaman di ladang terbabit, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Rahmat Othman berkata mayat Muhammad Azim Nazri Samsuddin, 21, ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah, kira-kira pukul 6 petang oleh beberapa pekerja ladang sawit terbabit.

“Beberapa pekerja ladang mencari Muhammad Azim Nazri di sekitar ladang kira-kira pukul 4.50 petang semalam selepas didapati tidak pulang dari meronda ladang sawit itu.

“Sebelum itu, Muhammad Azim Nazri ada meminjam sebuah motosikal milik seorang pekerja ladang kira-kira 11 pagi untuk melakukan rondaan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati lokasi kejadian adalah laluan jalan ladang menuju ke Pekan Teluk Sengat dan jarak lokasi mayat Muhammad Azim Nazri ditemui adalah kira-kira 300 meter dari jalan ke Pekan Teluk Sengat.

Beliau berkata mayat Muhammad Azim Nazri ditemui dalam keadaan terbaring berpakaian kemeja T berkolar biru dan ada tulisan bersulam dengan nama ‘Nazri’ selain berseluar jean biru dan berkasut getah warna hitam.

Katanya polis tidak menemui dokumen peribadi pada mayatnya dan pemeriksaan pada belakang badannya menemui satu kesan tikaman selebar tiga sentimeter.

“Polis turut menemui sebilah pisau berhampiran mangsa dan motosikal milik rakannya yang digunakan untuk ke tempat kejadian,” katanya.

Menurut Rahmat, polis sudah menghubungi keluarga Muhammad Azim Nazri yang tinggal di Rawang, Selangor dan sedang menyiasat motif kejadian.

Beliau berkata, Muhammad Azim Nazri yang mengambil jurusan perladangan di sebuah universiti tempatan di Jasin, Melaka menjalani latihan amali selama tiga bulan di ladang tersebut yang dijangka tamat pada 6 Mac depan.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpelajar
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd