• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai MAHB Direman Kes Songlap Untuk Langsing

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan reman seorang pegawai kanan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membantu siasatan kes penyelewengan kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan.

Perintah tahanan reman selama empat hari mulai hari ini ke atas lelaki itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret di sini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi.

Menurut sumber SPRM, SPRM memohon tempoh reman selama tujuh hari namun dikurangkan kepada empat hari setelah mahkamah diberitahu lelaki itu mempunyai masalah kesihatan.

Dia ditahan di kediamannya di Kuala Lumpur pada kira-kira 11 pagi Rabu.

Laporan media menyebut pegawai itu disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah.

Difahamkan, kad kredit berkenaan hanya untuk kegunaan rasmi berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard Syarikat. – BERNAMA

Tags: MAHBSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd