• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Yakin Pegawai, Anggotanya Capai Sasaran BMI

oleh Ahmad Albab
19/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin semua pegawai dan anggotanya akan mencapai sasaran kecergasan dan kelangsingan fizikal ideal iaitu dengan jisim berat badan (BMI) tidak melebihi 28 menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata ia berikutan kesungguhan dan usaha yang ditunjukkan keseluruhan pasukan itu ketika ini termasuk penganjuran pelbagai pertandingan sukan, dalam usaha mencapai sasaran BMI yang ditetapkan.

“Program Trim and Fit yang akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada awal 2018 menjadi motivasi kepada semua pegawai dan anggota dalam menjaga BMI serta kecergasan masing-masing.

“Setakat ini kita dapati semuanya mengambil serius dan berusaha bersungguh-sungguh berhubung perkara ini dan pihak jabatan amat berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup Kejohanan Badminton dan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara di Dewan Kompleks Sukan 1 Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Ab Rahman Ismail dan Ketua Polis Terengganu Rosli Ab Rahman.

Pada kejohanan itu, kontinjen Selangor menjuarai pertandingan sepak takraw manakala Johor merangkul kejuaraan badminton.

Zulkifli berkata bagi memantau perkembangan pelaksanaan program Trim and Fit yang bermula Januari lepas, pihaknya akan membuat penilaian awal bagi program berkenaan pada Mac ini.

Mengulas mengenai anggota yang mengalami masalah berat badan berlebihan, Zulkifli berkata pihaknya telah mengenalpasti dan menangani perkara itu kecuali bagi anggota yang mempunyai masalah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Dalam pada itu beliau berkata tahap kecergasan anggota bukan hanya menjadi syarat untuk kenaikan pangkat tetapi pastinya akan memberi faedah kepada PDRM memberi khidmat lebih baik kepada masyarakat. – BERNAMA

Tags: BMIPDRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd