• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Kendali Skim Pelaburan Palsu Ditahan

oleh
08/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang suami isteri yang merupakan suspek utama dalam penipuan pelaburan yang dipercayai melibatkan kerugian RM20 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata suspek lelaki berusia 45 tahun dan wanita berumur 43 tahun itu telah ditahan di Sri Petaling pada pukul 9 malam semalam.

“Pasangan itu menawarkan khidmat konsultansi kewangan melalui pelaburan menerusi iklan di laman sosial Facebook.

“Suspek kemudiannya menyakinkan orang ramai agar mereka (mangsa pelaburan) untuk menyertai pelaburan yang ditawarkan oleh syarikatnya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Arcyl berkata, platform pelaburan yang ditawarkan oleh kedua-dua suspek ialah perdagangan komoditi, pajakan hotel, pemilikan saham, perumahan dan hartanah.

“Suspek turut mendakwa diri mereka sebagai ejen kepada beberapa skim pelaburan yang menawarkan keuntungan yang tinggi di antara 50 sehingga 80 peratus bagi setiap platform pelaburan yang ditawarkan.

Arcyl berkata, setelah mangsa terpedaya, suspek memberikan nombor akaun syarikatnya bagi membolehkan mangsa memasukkan wang pelaburan.

Namun, pelabur tidak mendapat keuntungan yang dijanjikan oleh mereka.

Arcyl berkata pihaknya telah menerima 34 laporan dari seluruh negara manakala pula sebelas kertas siasatan telah dibuka.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA

Tags: facebookPelaburan PalsuPenipuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd