• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Belum Capai Tahap Konsisten Walau Menang Besar

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Skuad Pahang masih belum mencapai tahap konsisten sebagaimana disasarkan meskipun berjaya membenam Pulau Pinang dengan jaringan 6-1 di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.

Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh berkata ia berdasarkan persembahan dan keputusan yang dicatatkan pasukan Tok Gajah berkenaan pada awal saingan Liga Super serta Piala FA musim ini.

“Kita berjaya mencatat beberapa kemenangan besar termasuk pada malam ini tetapi ketika Pahang menentang Kedah baru-baru ini apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk membuat sebarang rumusan, cuma dengan kemenangan besar ke atas Pulau Pinang diharap ia mampu membakar semangat para pemain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu tamat.

Dollah berkata faktor penentu kepada keupayaan Pahang untuk mara lebih jauh musim ini adalah dengan kemampuan mengekalkan rentak permainan yang mantap.

Beliau berkata masih terdapat kelemahan dalam pasukan yang boleh diperbaiki dan antara yang dikenal pasti adalah menerusi permainan anak buahnya malam tadi iaitu seperti kelekaan pemain dalam mengawal pihak lawan telah memberi ruang kepada mereka untuk menjaringkan satu gol.

“Pada babak pertama juga Pahang dilihat banyak bergantung kepada penyerang untuk menghasilkan gol walhal bahagian tengah sepatutnya membantu menggerakkan jentera serangan.

“Apabila saya nasihatkan mereka ketika waktu rehat tentang kelemahan ini, kita boleh lihat perubahan corak serangan Pahang sehingga saya yakin mereka boleh mencipta lebih banyak gol,” katanya.

Sementara itu, Kapten Pasukan Pahang Matthew Davies berkata dia amat gembira dengan kemenangan besar itu dan berharap persembahan cemerlang Pahang dapat diteruskan sepanjang musim.

“Kemenangan besar ini merupakan usaha dan kerjasama semua pemain yang berjuang bermati-matian untuk menokok jaringan. Kami berharap prestasi cemerlang ini mampu dikekalkan pada setiap perlawanan bagi mencerahkan peluang Pahang mengungguli Liga Super musim ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dollah SallehLiga SuperPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd