• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nautical Aliya Dibenar Berlabuh Di Chittagong

oleh Ahmad Albab
13/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA – Selepas diarahkan berlabuh di perairan Cox’s Bazar, Bangladesh pada Isnin, kapal misi kemanusiaan ‘Nautical Aliya’ kini meneruskan pelayaran selepas dibenarkan berlabuh di Chittagong.

Ketua misi berkenaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata keputusan membenarkan Nautical Aliya berlabuh di pelabuhan Chittagong dibuat kerajaan Bangladesh.

“Saya telah dapat panggilan melalui wakil tentera laut Bangladesh, Kapten Mohammad Nizamul Haq yang menyatakan Bangladesh telah beri kebenaran untuk berlabuh.

“Alhamdulillah, memang segala persiapan logistik di Chittagong dan proses turunkan barang dan bekalan bagi membantu pelarian Rohingya akan menjadi lebih mudah,” katanya pada sidang media.

Katanya, keputusan itu juga dicapai hasil hubungan baik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Bangladesh.

Beliau berkata kapal itu pihaknya dijangka tiba di Chittagong pada 1 pagi Selasa (waktu Malaysia), bergantung kepada keadaan cuaca.

“Apabila tiba kami akan rancang perjalanan dan aktiviti seterusnya untuk sukarelawan,” katanya.

Nautical Aliya yang membawa lebih 2,000 tan barangan makanan, keperluan perubatan, barang keperluan harian serta pakaian dan selimut, tiba pada 12.05 tengah hari tadi (waktu Malaysia) di perairan Cox’s Bazar.

Pada awalnya misi itu dimaklumkan untuk tidak ke Chittagong atas alasan pelabuhan di situ sibuk.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata pihaknya masih menunggu kelulusan berhubung visa ketibaan (visa on arrival) daripada kerajaan Bangladesh bagi membolehkan sukarelawan turun ke darat dan seterusnya bergerak ke kem pelarian Rohingya.

“Fasa kedua misi telah bermula, kita harap kerajaan Bangladesh akan memberi visa ketibaan untuk kita turun membantu masyarakat Rohingya,” katanya.

Abdul Azeez berkata kapal tentera laut Bangladesh akan mengiringi Nautical Aliya hingga ke pelabuhan Chittagong.

“Kami berterima kasih dengan kerajaan Bangladesh yang menghulurkan bantuan bagi membolehkan kami menjayakan misi ini,” katanya mengenai misi yang masuk hari ke-11 itu.

Mohammad Nizamul membawa Abdul Azeez dan Presiden Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid serta beberapa sukarelawan lain menaiki bot tentera Bangladesh untuk meninjau kawasan perairan dekat Cox’s Bazar.

Selepas berlepas pada 3 Feb dari Pelabuhan Klang, kapal itu pada Khamis, 9 Februari menurunkan bantuan di pelabuhan Yangon, Myanmar untuk komuniti Rohingya sebelum kembali belayar menuju ke Chittagong.

Misi itu yang dikenali sebagai Food Flotilla for Myanmar anjuran KP1M dan Mapim disertai 182 sukarelawan merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukan perubatan, tenaga pengajar dan pengamal media.

Dua lagi sukarelawan telah turun ke darat di Yangon. – BERNAMA

Tags: 'Food Flotilla For Myanmar'Nautical Aliya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

17/10/2025
0

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

Najib Ucap Tahniah, Terima Kasih Kepada Sukarelawan

24/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan dari Malaysia serta negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd