• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Buka Semula Pintu Sempadan Dengan Bangladesh

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Myanmar membuka semula pintu No 1 bersempadan dengan Bangladesh yang ditutup sementara susulan serangan keganasan di tiga pos kawalan sempadan pada 9 Oktober tahun lepas, menurut Pejabat Kaunselor Negara pada Khamis lapor agensi berita China Xinhua.

Pembukaan semula pintu sempadan membolehkan urusan keluar dan masuk di Maungtaw, Rakhine pada hujung minggu, memandangkan keamanan kembali pulih selepas rundingan antara Myanmar dan Bangladesh.

Penutupan pintu sempadan hampir empat bulan itu menyebabkan peniaga tempatan mengalami kesukaran dan masalah kewangan.

Suruhanjaya Siasatan Keganasan di Myanmar yang ditubuhkan pada 1 Disember dan diketuai oleh Naib Presiden U Myint Swe, bertujuan menyiasat latar belakang kejadian serangan keganasan, setakat ini telah melakukan pemeriksaan ke lokasi kejadian di Maungtaw sebanyak empat kali.

Serangan bersenjata di tiga pos kawalan sempadan iaitu Kyikanpyi (Maungtaw), Kotankauk (Buthedaung) dan pejabat Ngakhuya, menyebabkan lima anggota tentera dan lapan polis maut.

Dalam perkembangan terbaru, mahkamah daerah Sittway Myanmar telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang daripada 14 suspek yang ditahan kerana
terlibat dalam serangan keganasan di tiga pintu kawalan keselamatan itu.

Uruma yang juga dikenali dengan nama Mammud Nu dan Ular didakwa mengetuai serangan itu dan membunuh seorang pegawai polis serta mencederakan dua yang lain, ia merupakan hukuman pertama susulan insiden berkenaan.

Sementara 13 lagi suspek sedang disiasat. – BERNAMA

Tags: Pintu Sempadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Cium Isteri, Nabil Tak Peduli Apa Orang Kata

Next Post

Pengurus Besar Direman 7 Hari bantu Siasatan Kes Salah Guna Kedudukan

Related Posts

Taiwan Buka Semula Pintu Sempadan Kepada Pelancong Asing

Taiwan Buka Semula Pintu Sempadan Kepada Pelancong Asing

13/10/2022
0

TAIPEI: Taiwan membuka semula pintu sempadannya kepada pelancong asing selepas menamatkan perintah kuarantin yang ketat sejak pandemik Covid-19 bermula. Ikuti...

Malaysia Ketatkan Pintu Sempadan Malaysia – Hamzah

26/05/2022
0

PUTRAJAYA: Malaysia sentiasa mengambil pendekatan berjaga-jaga serta mengetatkan kemasukan pengembara dari mana-mana pintu masuk negara termasuk di sempadan Malaysia-Thailand. Ikuti...

Next Post

Pengurus Besar Direman 7 Hari bantu Siasatan Kes Salah Guna Kedudukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd