• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Libat Firma Korea Utara Atas Sebab Perniagaan

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Ya’akub hari ini mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan ‘Syarikat Glocom’, sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.

Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea Utara.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini, beliau berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama dua orang rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai ‘Madam Ryang’ dan ‘Madam Pyon’ bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.

Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.

“Saya tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hubungan kami adalah atas perniagaan semata-mata. Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh Kedutaan Korea Utara… menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia,” katanya.

Mustapha berkata beliau bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.

Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media asing yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan syarikat IGS dan Syarikat Glocom selain mempunyai hubungan dengan warga Korea Utara terbabit.

“Bagaimanapun setelah menyedari yang semua produk termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kami putuskan untuk menutup syarikat IGS.

“Selepas itu, saya dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu kami tutup syarikat tersebut,” katanya.

Setelah kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB.

Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.

Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.

Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkannya.

Bagaimanapun Khalid berkata polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.

Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am manakala International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT. – BERNAMA

Tags: Datuk Mustapha Ya'akubKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd