• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukim Relau Kekal Pengeluar Durian Berkualiti Di Kedah

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR BAHARU – Jabatan Pertanian Negeri Kedah bersetuju untuk menggalakkan penanaman durian jenis Musang King di samping mengekalkan dusun durian di Mukim Relau di sini sebagai pengeluar utama ‘raja buah’ itu di Kedah.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata selain jenis Musang King (Raja Kunyit), spesies Duri Hitam juga akan turut diperkenalkan.

“Selain itu, program lain untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di sini, projek Sawah Gemilang melibatkan 834 hektar sawah di Mukim Bagan Samak yang mampu menghasilkan purata 7 metrik tan padi, setiap hektar sawah merupakan penghasilan terbaik di luar kawasan Jelapang Kedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Maufakat Jalinan Tani Jabatan Pertanian Zon Selatan di sini, hari ini.

Katanya selain itu melalui program Rimbunan Kasih di sini yang menempatkan seramai 100 peserta di tanah seluas 12 hektar membabitkan kos RM23 juta juga telah menampakkan hasil dalam bidang pertanian dan akuakultur.

Seramai 28 usahawan tani dari tiga daerah iaitu daerah ini, Kulim dan Baling menerima bantuan peralatan kecil pertanian bernilai hampir RM150,000 untuk memudahkan mereka menjalankan kerja dalam bidang pertanian yang mereka usahakan.

Pengarah Pertanian Negeri Kedah Mohamed Bukhori Abdul Rahman berkata jabatannya mendapat peruntukan RM2.5 juta untuk menjayakan program Sawah Gemilang seluas 32,000 hektar iaitu penanaman di luar kawasan Jelapang Kedah.

“Kini kebanyakannya berjaya mengeluarkan hasil purata 5 metrik tan padi pada sehektar sawah yang diusahakan. Selain itu Jabatan Pertanian juga kini sedang menggalakkan penanaman cili merah secara fertigasi dalam kalangan penduduk di negeri ini iaitu sebanyak lebih 400,000 polibag, dalam usaha mengurangkan import cili merah,” katanya. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd