Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

JMM Gesa PDRM Segera...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Gambar Syahdu, Anjing Bersedih...

SUNGGUH mengharukan apabila melihat kesetiaan binatang perliharaan terhadap tuannya walaupun selepas tuannya itu sudah...

Hotel Larang Staf Berhijab...

KUANTAN - Setelah umat Islam dikejutkan dengan tindakan biadab sebuah hotel larang pelanggan...

Seorang Wanita Dijangkiti Cacing...

SEORANG wanita dari Oregon menjadi manusia pertama di dunia yang dijangkiti cacing halus...

Misteri ‘Obesiti’ Hidupan Air… Ini Penjelasannya!

BARU-BARU ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan seekor labi-labi bersaiz gergasi yang mencecah berat sehingga 80 kilogram di Batu Gajah, Perak.

Baca: Kesian… Labi-Labi ‘Obesiti’ Tersangkut Pada Longkang

Penemuan haiwan sepanjang 1.2 meter itu lantas menarik perhatian ramai yang rata-ratanya mempersoalkan hayat labi-labi itu memandangkan saiznya yang begitu luar biasa.

Bagaimanapun, menurut seorang pembaca kami yang hanya mahu dikenali Zainal, bukanlah sesuatu yang pelik hidupan air kini memiliki saiz yang boleh disifatkan sebagai ‘obesiti’ atau gergasi.

Menurutnya, punca banyak hidupan kini membesar dengan kadar melampau adalah kerana lambakan pelet (makanan ikan ternak) di sungai, lombong atau tasik yang dilemparkan pemancing ketika atau selepas habis memancing.

” Sampai 3 kilogram lebur dalam tasik sebab asyik tukar umpan, maksudnya sekali baling, tunggu dan tarik balik, umpan akan relai dalam air.

“Jadi, bubuh lagi umpan baru, ulang berkali-kali, mahu habis sampai berkilo-kilo pelet,” katanya kepada Mynewshub.

Misteri 'Obesiti' Hidupan Air... Ini Penjelasannya!

Kata beliau, kebiasaanya seorang pemancing tegar akan menggunakan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kilogram pelet ketika memancing.


Situasi ini sekali gus menyebabkan hidupan air ‘dimewahkan’ dengan makanan (pelet) lantas menyebabkan saiz ikan, kura-kura, labi-labi dan seangkatan dengan membesar bagaikan ‘obesiti’.

“Sejak memancing guna umpan makanan ikan ternakan menjadi trend, ia menjadikan hidupan air mewah.

“Sebab itu patin lombong sekarang saiz berbelas kilo adalah perkara biasa,” katanya yang juga seorang pemacing handalan.

Jelas Zainal, peminat kaki pancing juga kebiasaannya akan melepaskan balik ikan bersaiz besar ini kerana rasanya yang tak begitu sedap dan susah untuk dijual.

Hal ini seterusnya membuatkan hidupan air ‘bersaiz gergasi’ ini terus kekal di habitatnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori