• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB Bawa Isu Rohingya

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan depan di Geneva, bakal membincangkan isu berkaitan Rohingya, amat bertepatan dan wajar menjadi platform penentu untuk meletakkan tekanan ke atas kerajaan Myanmar, kata bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar .

Banyak permintaan telah disuarakan masyarakat antarabangsa bagi menangani pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di negara Rakhine, katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pelancaran Rohingya Integrated School of Excellence (RISE).

Syed Hamid yang mengulas mengenai maklumat dikumpulkan pelapor khas PBB Yanghee Lee mengenai situasi di Rohingya berkata, perlu untuk membenarkan penubuhan suruhanjaya siasatan bebas bagi mendedahkan keadaan sebenar menimpa masyarakat Islam Rohingya yang digambarkan sebagai kumpulan minoriti paling tertindas di dunia.

“Saya percaya dengan tekanan itu akan ada perkembangan positif untuk Malaysia dan negara yang berjiran dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian.

“Masalah itu perlu ditangani. Kita tidak boleh menyorokkannya. Dalam hal ini saya berharap Malaysia akan terus bersuara untuk membantu mereka yang ditimpa masalah,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan apa yang berlaku beberapa bulan lepas menunjukkan masyarakat antarabangsa perlu sentiasa memantau keadaan hak asasi manusia selain

sekatan terhadap akses bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik seperti di Rakhine, Kachin dan Shan.

Menurut laporan antarabangsa Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia Zeid Ra’ad Al Hussein telah mengerahkan sepasukan pegawai kemanusiaan ke Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar di mana dianggarkan 66,000 Rohingya lari ke negara itu sejak 9 Oktober tahun lepas.

Usaha itu berjaya selepas beberapa kali Pejabat Hak Asasi Manusia PBB gagal mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Myanmar untuk memasuki ke kawasan teruk terjejas di Rakhine. – BERNAMA

Tags: OICPBBTan Sri Syed Hamid Albar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd